Dah selesai basuh segunung baju then sidai, aku terfikir kenapa baju aku macam banyak sangat? Tapi tak semua aku pakai. Setiap bulan ada saja baju baru, sudah tentu ehsan daripada MARA yang tidak henti henti menghulurkan elaun ye anak anak. Apa aku nak sebenarnya selama ni? Berfashionista? Yang tidak berkesudahan. Gila ya memang.
Kalau dulu, orang pakai syria, aku pun pakai. Orang pakai shawl Hana Tajima, aku pun pakai. Lepas tu, ada pulak tudung Dian Pelangi, aku pun tergedik gedik pakai jugak (nasib baik menjadi uolls, hewhew) Nafsu ya rabbi, teruk. Patutlah mama cakap 'Nasiblah perempuan ada sorang, kalau ramai taktaula' Haha, kesian mama.
Betul lah, kalau pergi Times Square RM50 tu rasa macam kecik ja, kalau kat masjid rasa macam besar sangat sampai ketaq pala pala nak masuk dalam tabung tu. Semalam aku pergi Times Square, niat asal sejak azali nak beli kasut raya. Dengar pung pang pung pang kata ada sales, apa lagi lepas kelas terus pergi. Sebenarnya aku dah aim sepasang kasut ni, kat ESARLI, then pergi TS aku terus serbu ESARLI laa. Terpaksalah, aku ni kalau dah berkenan, memang yang tu jalah. Tak pandang dah yang lain, biar mahal asal selesa dan tahan lama.
Cantik tak? Ada aku kesah? Asal aku berkenan haha
Tapi bukan tu yang aku nak cakap sebenarnya, aku nak cakap pasal nafsu perempuan yang subhanallah besar. Walaupun nafsu sinonim dengan kaum adam, tapi perempuan ni kenapa nafsu mereka alsangat luas? 9 nafsu okay! Tidak ketinggalan nafsu makan, sebab tu perempuan suka perasan gemuk. Kan? Kan? Kan?
Sejak dah kena kesan penuaan ni, aku mula tertanya diri sendiri apa yang aku nak sebenarnya dalam berfesyen? Alih alih, bawal jugak yang aku cari. Teringat zaman lepas SPM dulu, bawal aku tak pandang hanya shawl yang aku pegang. Kesian kan bawal, aku anak tirikan dia. Lilit punya lilit sampai kadang kadang aku yang terbelit. Bukak youtube, tengok tutorial bagai, mulalah tergedik gedik ikut semua steps. 'Okay mula mula macam ni, haa lepas tu macam ni...' Dan bila teringat balik semua tu, terasa macam haram. macam bangang.
Dan sekarang aku dah boleh kawal nafsu membeli. Kalau tengok dress, cardigens yang terang terang warna tu, skinny biru hijau bagai tu aku dah tak berapa nak bernafsu sangat. Almaklumlah duit pun kena jimat sekarang, nak beli susu anak, pampers anak lagi. Ehh, apa aku merapu ni. K. Since rumah sewa aku yang hanya dihuni 5 orang gadis gadis comel eww, bayaran untuk sewa meningkat.
As a justification my dears, control your desire. Trust me, semakin banyak yang anda korbankan untuk berfesyen, semakin banyak yang anda terkorban. Aku dah rasa semua tu. Alaa, biasalah kan, darah muda. Patutlah kan semakin tua semakin malas nak berfesyen bagai. Rupanya dah rasa semua tu, tak payah nak mengada envy dengan kawan kawan kita yang berfesyen sebab yang penting macam mana pun kita pakai as long as kita confident kita cantik. Pergi kelas, lagilah. Tak payah cantik, nak pergi belajar. Takdanya markah lebih lect nak kasi bila cantik kalau bangang tu bangang jugak kahkah! K lah K lah anak anak, jangan jadi mangsa fesyen okay! Sama samalah kita membanteras jenayah ini, adios :O
Pusing pi pusing mai, bawal jugak pilihan hatiku. Ni masa bercuti kat UK. Sila percaya
No comments:
Post a Comment