7 April 2012

Adab belajar


Kita semua pernah menuntut ilmu dan masih menuntut ilmu bukan?  Namun tidak semua 
alim tentang adab menuntut ilmu.  Jangan salah faham, alim bermaksud berilmu atau dalam 
kata erti lain, arif.
Sejak dasawarsa hingga marcapada, pelajar kurang beradab dengan guru.  Justifikasinya, inilah 
adab-adab menuntut ilmu.

  • Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan mencium tangan sebagai tanda 
  • penghormatan - ikut jantina.
  • Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
  • Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.
  • Jangan bertanya melainkan jika diarah oleh guru.
  • Jangan menyangkal kata-kata guru.
  • Jangan mengumpat pelajar lain.
  • Jangan berbisik di hadapan guru.
  • Jangan berpaling kiri dan kanan.
  • Jangan menyoal semasa guru sedang kepenatan.
  • Berdiri apabila guru bangun.
  • Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang sebanyak 1000 kali.
  • Rujuk guru dengan memilih ilmu.
  • Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.
  • Jangan mengetuk pintu berulang kali sehingga guru keluar menemuinya.
  • Sentiasa mendapat keredhaanya dan jauhkan kemurkaannya.
  • Muliakan anak-anak guru.
  • Selalu berhubung dengan guru.
  • Elakkan tidak menziarahi guru selama 40 hari, ini akan mengurangkan keberkatan ilmu.
  • Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.





Ini adalah adab belajar mengikut Imam Al-Ghazali.  Semoga kita semua mendapat iktibar ye anak-anak. 
Sebagai bakal guru dalam 3 tahun lagi, aku terpanggil untuk bersuara.
Buat bakal guru, sila ambil perhatian.  Mungkin pelajar kita kelak tidak beradab ekoran cabaran yang
semakin berat. 

No comments:

Post a Comment