Kawan : Aku tau hang
hang tak boleh buat lelaki 2 macam tu.
Aku : Aku tau, tapi aku nak biar masa yang tentukan semua. Ada
jodoh adalah.
Kawan : Tapi hang jangan buat lelaki 2 sedih macam tu, kesian aku.
Aku : Aku terpaksa, cinta perlu datang sendiri, bukan macam sayang
boleh dipupuk .
Kawan : Apa pun keputusan hang, aku sokong . Buatla pilihan terbaik.
Aku pernah ada impian, mahukan seorang lelaki yang luahkan rasa dia melalui tinta tersentuh .
Perempuan,
Tidak aku daya membelakangi fitrah manusia, kerana aku tidak ingin menolak takdir buatku, sesungguhnya Tuhan itu menjadikan setiap hambanya kerana cinta dan kerana cintalah lahir aku di mukim cinta Tuhanku. Saat Allah SWT menghadirkan cinta seorang hawa di hatiku dayaku membuka seluas-luasnya hatiku. Ingin jua kurisik hatimu, agar terbentang luas jalan buatku meniti sinar kasihmu,
Seikhlas lubuk ku,
Lelaki .
Lelaki, pelindung wanita . Lelaki, penguat wanita . Lelaki, syurga wanita . Lelaki, kelemahan wanita .
Pohonku, bukakan lah hati aku hanya untuk lelaki yang benar-benar ikhlas mencintai aku .
Ya tuhan, Kau maha segalanya, andai sudah bermukim rasa sayang aku terhadap dia, cambahkan lah dengan benih rasa cinta .
Pohonku, seandainya tertulis di jari jemari takdir aku bukan untuk dia, pertemukan lah dia dengan wanita solehah, mencintai dia seadanya .
Bayang-bayang, tolong aku .
No comments:
Post a Comment