16 December 2011

Kewajipan Hijab

Aku mengenakan hijab selewat usia Tingkatan 1. Mengapa aku katakan lewat
Sebab dalam keluarga aku, perempuan perlu mengenakan hijab seawal Darjah 4.  Mengapa lewat? 

‘’Fatin, jomla main bola’’

‘’Fatin, weh futsal kat belakang tuh baru bukak, tunggu apa lagi, jomla !’’

‘’Weh petang ni ada ajak lawan basikal, kat Taman Kastam, kalau hang nak join, hang geng dengan Awin.’’

Tiga sebab kat atas ni antara sebab aku mengenakan hijab selewat usia itu.

Mana ada kawan-kawan aku yang datang…

‘’Fatin, jom main masak-masak.  Mak aku baru beli ni.’’

‘’Fatin, weh aku ada Barbie baru, jomla main.’’

Mana ada, kalau ada pun aku tolak mentah-mentah.
Apa barang main masak-masak, kahwin-kahwin.  Geli tau?

Macam mana aku nak pakai tudung masa tu kalau semua aku main lasak.  Seingat aku paling sopan pun aku pernah main kejar-kejar, tuju kasut dan batu seremban.

Pertama kali mengenakan tudung sewaktu keluar rumah.

‘’Fatin, hang dah kenapa tetiba alim?’’ persetan betul kawan aku si Ajin tanya soalan.

‘’Kenapa?  Dosa ka?  Aku nak jadi baik pun hang kata.  Aku sepak satgi kot.’’  Itulah aku dulu.

‘’Hang dah cukup umur ehh…’’  Asya, adik Ajin tanya aku sambil tersengih macam tiram basi.

Aku lari masuk rumah, malu, sungguh aku malu.  Takkan aku nak bagitau aku dah cukup umur?  Sumpah malu.

‘’Weh kak, hang nak malu apa?  Hang memang dah kena pakai tudung pun.’’

‘’Mama tudia laa siapa suruh beranak adik-adik kakak semua lelaki?  Tengok, kakak dah tak reti jadi lembut.’’  Di usia mentah aku salahkan mama.

Sejak itu, tudung menjadi kewajipan bagi aku, walaupun nak ambil surat posmen hantar depan rumah.  Kalau aku teringin nak rasa siatan daging akibat rotan buluh ayah, aku boleh cuba keluar tanpa menutupi rambut.  Itu pesan ayah.



Kenapa aku rotate?
sebab aku saja, malu.
Zaman muda-muda aku, masa ni ayah aku ada lagi.
Darjah 6.





Mengapa hijab perlu dikenakan?




1) Tuntutan agama

- Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?*Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak ! menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

2) Mengurangkan dosa

-Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?.

3) Lebih pintar dan tenang

-Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.

4) Tidak membazir

- Tidak perlu pening-pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan rambut dan membazirkan wang membeli shampoo, pewarna mahal atau pergi ke salun.

5) Lebih sopan dan manis

-Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi korang ada value added sebenarnya)

6) Rambut lebih tahan lama dan sihat

-Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan rambut. Walaupun anda memakai syampoo pelindung, hakikatnya syampoo itu sendiri mengandungi bahan kimia merosakkan.

7) Menjadikan diri anda “Mahal”

- Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal-epal lain.

8 ) Lebih dihormati

- Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi




Kalau boleh aku nak pakai macam ni.

No comments:

Post a Comment