Sebelum tuh, aku tktau kenapa tarikh kat atas tuh mereng, padahal aku post 12.12 pukul 8.40 malam .
16 November 2011
Pertemuan antara 18 mata diatur, tapi atas sebab-sebab tertentu, hanya tinggal 8 mata . lagi 10 mata?
hanya maaf terucap, aku hanya mengiakan tanda faham .
Midvalley destinasi pilihan, aku pergi bersama kakak aku yang tersayang, Emma Qhuzaimah .
''Hello, kat mana?'' lelaki tanya .
''err, kita jumpak kat garden'' aku jawab sambil kepala berpusing 180 darjah .
''Nah, untuk awak '' lelaki tersengih macam kerang tak berapa cukup nak busuk .
Lantas aku gapai patung monyet yang segera dinamakan munchett .
Telefon aku sekali lagi berdering . ''Kau kat mana fatingg?'' Syahira rose, teman gedik aku kat kolej .
Aku dan Hira berpelukan, jangan fikir lain .
Kami menikmati hari tersebut, walau kekecewaan mengada-ngada nak singgah dalam hati aku, walau kami sambut hari kelahiran aku sebulan lebih awal .
Aku tek reti senyum
Sayang hampa weh :')
11 November 2011
Sedang asyik aku menghayati filem Ombak Rindu, lagu Jar Of Hearts berkumandang .
ohh shit, aku lupa silent handphone . Segera tangan tergagau-gagau dalam perut beg merah aku .
'Mana neh' hatiku berbisik . Handphone dicapai lalu, nombor tidak dikenali tertera di skrin
''Hello, sapa neh?'' Kepalaku sedikit terhantuk di kerusi hadapan kerana terlalu berjaga .
Padan muka, sakit .
"Cik Fatin Najihah ka ni? Ada rumah dak? Nak hantaq barang neh'' Entah siapa aku tak tahu .
Aku letak, lalu telefon dimatikan kerana aku malas nak layan, fikirku ada yang sengaja mengacau .
Fikiranku kembali fokus dek Ombak Rindu . Percaya atau tidak, mutiara aku jatuh berlinangan, bukan sekali tetapi berkali . Ahh, sungguh aku hayati .
Filem selesai ditayang, selepas beberapa minit dalam perut tandas, aku terdetik hendak menelefon semula nombor tadi . Mana tahu ada yang penting .
''Hello, assalamualaikum (tetiba aku jadi baik bagi salam)'' Aku memulakan perbualan .
''Waalaikumussalam'' Dia membalas lembut .
''Ada apa call tadi?'' ''Ohh, ada barang sampai kat rumah tadi, saya dah bagi kat jiran depan rumah, Mat zain apa Rani entah lupa'' Mungkin dia tengah menggaru kepala, mungkin .
''Ohhh, ahaa . Sorryla tadi
Malamnya pula .
Jam 9.18 malam .
Kotak pos sudah aku bogelkan .
Segala isi yang ada dalam perutnya, aku keluarkan .
Mungkin terlalu awal untuk aku buka, tapi ada aku kisah?
Maaf awak, gadis ini kurang jiwa kesabaran .
Aku mula membuat pusingan 360 darjah depan kaca pantulan, sedikit tergedik depan mama menagih pendapat .
''Okay, nice '' Komen mama ringkas . Aku senyum .
Sorry tak boleh full view, still privacy for me .
Merah kegemaranku, munchett (:
12 Disember 2011
Jam 7.37 pagi .
Errkkkk, pintu bilik aku dikuak .
Ahh matahari sudah mula menyimbah cahayanya .
Aku melangkah keluar dari bilik
Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to kakak
Happy birthday to you
Terkebil-kebil sambil membuang taik mata yang bersisa, aku tersenyum.
Terima kasih mama, terima kasih adik .
Neh laa muka adik aku nyanyi . ILY .
'Ayah, akak dah 18 . Akak rindu ayah' hati aku berfeeling seketika .
Handphone dicapai sekali lagi .
'Acu, happy birthday ! nak prosperity sebijik? hehe' nampak tak cara aku mengambil kesempatan?
Mesej dihantar kepada bapa saudara aku yang tua 10 tahun dari ku, kami berkongsi tarikh lahir .
'Hehe, happy birthday too . Petang satg okay' Acu balas .
Yeay, ion-ion aku sudah mula aktif memberi arahan ke seluruh tubuh aku untuk tergedik .
Sudah menjadi kebiasaan bagi keluarga aku untuk sama-sama menyambut hari lahir kami setiap tahun .
Petang itu, kami meraikan .
Terima kasih semua, aku sayang hampa tau dak :')
Tiada kata yang layak ku lafaz selain Terima kasih Ya Allah, aku masih diberi nafas hingga ke detik ini .
#maaf, entry kali ini panjang .
No comments:
Post a Comment