6 December 2011

Perlukah ada cinta sebelum akad dilafaz

Cinta? Apa itu cinta? Bagi aku cinta itu bermaksud keinginan untuk ke syurga bersama orang yang kita cintai.  Perkara ini boleh di'apply' kepada semua termasuklah ibu bapa, adik beradik, rakan karib dan orang yang kita sayang. Manusia dibaluti keterlanjuran, diselaputi kerapuhan iman.
Jadi, kalau kita buat sesuatu yang keluarkan kita dari jalan Allah, kita sebenarnya telah hilang cinta itu.
Jadi, kalau bercinta itu dilarang oleh Allah SWT, zina hati itu dilarang oleh Allah SWT, dan natijahnya adalah kemurkaan Allah, boleh mengheret kita ke neraka Allah, apakah si pengajak kepada perlakuan itu, atau si pelaku kepada perlakuan itu, dinamakan saling kasih mengasihi, sayang menyayangi dan cinta mencintai?



Statistik daripada kajian menunjukkan macam neh weh ! huh HAHAAA :D









Haa, pastu apa korang rasa? huh !


pernah tak hampa dengar orang cakap macam neh?


“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.”




 Ini aku namakan sebagai Mazhab Tawakkal Buta Dalam Cinta.


Aku sentiasa kata pada diri aku, cinta itu mahal, suci, bersih. Jadi, takkan aku nak nodai dengan perkara-perkara yang mengotorkannya(kemurkaan Allah)? Di situ sahaja kita sudah boleh buat garisan membezakan cinta dan 'couple'.










Jadi, tali ikatan simpul yang aku boleh buat kat sini, terpulang kat hampa sebab
 terpeliharanya kesucian cinta berdasarkan cara kita menjaga nilai cinta tersebut.

No comments:

Post a Comment