15 March 2013

Asrama Siswi 'berpenghuni'?

Assalamualaikum.

Di petang Jumaat yang penuh barakah ni gua nak cerita sikit pasal sejarah silam gua masa semester 1. Orang Kedah panggil zaman 'Kanyiaq' yakni 'hingusan'. Terus kepada point yang nak diutarakan, gua nak cerita pasal hantu. 

Sejarah ni berlaku masa lepas Hari Ray Eidulfitri tahun 2011. Gua nak dekan punya pasal, terlebih rajin pulak balik awal sehari daripada tarikh sepatutnya. Naik bus dari Kedah, sampai dekat Pudu dalam pukul 10 lebih malam. Malangnya, teksi semua dah pupus. Apa lagi, call Abg Awin yang hot lagi tough jadian. Gatal tak gatal belakang cerita, janji gua sampai asrama. Dia datang dengan perdana hitam dia, ingat handsome lettew. Huhh, dia hantar balik Siswi tapi sepanjang perjalanan tu macam-macamlah. Nasib gua tak jadi mangsa rogol, sampai sekarang kalau dengar dia panggil 'Fatin'  ja gua lari.

Sesampainya kat asrama, pakcik-pakcik guard yang tough lagi bermisai pusing-pusing dah hairan asal gua sampai awal. Diorang kasi jugak masuk, siap pesan 'Naik elok-elok, baca doa' Baiklah pakcik, baiklah. Huhhh, naik tangga pertama saja mulut dah terkumat-kamit ayat kursi. Segala surah yang gua tau memang tk lekang daripada bibir, gitu. Percaya atau tidak, nafas sendiri pun boleh dengar. Naik lagi, naik dan naik akhirnya gua sampai kat tingkat 4. Ingat lagi rumah gua kat atas tu nombor 11. Bukak saja pintu rumah, switch on semua lampu yang ada, letak semua begs then masuk toilet bersihkan segalanya.

Gua curi gambar ni dalam Google. Nilah keadaan dalam rumah dari tepi balkoni. Semua tu meja studi kami. Seram kan?

Keluar ja dari toilet, gua capai handphone then call sesiapa saja yang belum tidur ajak sembang. Nak ke tak nak gua paksa jugak, kisah? Gua dah takut ni, jangan membantah. Masa tengah cakap tu, ada jugak bulu meremang, dengar macam dengusan kuat gua cakap, seram meh. Cakap punya cakap sampai tertidur. Keesokannya, kawan-kawan gua balik. Tak ku sangka tak ku duga, gua berani mengharungi malam tu. Esok tu gua cerita dekat semua kawan, diorang pulak cerita ada budak nampak Cik Poc atas bumbung, Cik Pon pun join sekaki. Jahat.

Nak tunjuk ahh sikit, kolej gua yang banyak berjasa ni. Ni sudut lama, sudut baru tk sempat lagi nak tangkap. Bangunan ni lagilah banyak sejarah, gitu.

Adik-adik yang baru masuk asrama tu, hati-hati. Kebanyakkan yang kena kacau adalah spesis perempuan yang suka mengilai tengah-tengah malam, suka keluar malam dengan boyfriend. Lagi satu, masa kemasukkan gua dulu dengar kata tingkat 4 tu dah lama ditutup sebab ada budak bunuh diri dalam rumah nombor 18. Rumah tu memang ditutup terus, dulu ada jugak warden kasi masuk tapi barang semua rosak. Even ganti baru pun tetap akan rosak seolah-olah 'dia' taknak kasi orang lain duduk dalam tu. Orang cakap kalau lalu depan rumah tu mesti ada dengar atau rasa sesuatu, aku sendiri lalu tak ada apa pun, entahlah. Who knows.

Ini adalah kisah benar, bukan rekaan. Hati-hati okay?


4 comments: