Dah lama aku tak singgah laman sesawang yang kian bertambah sawangnya ni. Saja nak berceloteh, nak bagi satu dunia tahu aku pergi kenduri baru baru ni yakni 3hb Jun 2012. Bukan senang aku nak jejakkan kaki kat kenduri sebab akulah perempuan paling malas nak pergi kenduri. Malas tahu malas?
Seperti biasa, aku dan Nabilah pergi kerja. Dalam pukul 2 macam tu kami tutup kedai. Nampak tak betapa anak-anak dara ni rajin? Sampai kedai pun tutup sesuka hati, bukak pukul 11 lebih tutup pukul 2? Takkan tak maju lagi tera tuu? Kami keluar jemput Quzai si bom bom dan Intan si keding. Paling tak boleh lupa moment mereka melintas jalan. Terkedek-kedek, sumpah comel. Macam budak-budak berlari.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang setangah jam untuk tiba di Bukit Payung yakni belah nun Pokok Sena. Kalau salah maaf, aku tak begitu arif tempat tempat di sana.
Sesampai saja, mata mata memandang kelibat Swift hitam yang sudah tentu bukan kepunyaan aku. Nabilah dengan gaya buat setaiinya, memandu masuk. Yaa, parking. Beberapa anggota Rela yang bertugas juga memandang kami berempat seperti alien yang baru turun dari Planet Marikh. Okay, kami terima seadanya.
Sila klik gambar untuk tumbesaran.
Ambil seri. Hihi. Orang cakap muka aku dengan Qhuzaimah sebelah aku tu sama. Tengoklah sendiri.
Duduk duduk terus snap, jangan kata apa. Memang lagu ni.
Elok elok baru sudah makan. Muahahaha. Semua control comel.
Nilah Yana si kecik molek. Sangat buas dan potpet, sebab tuu Jat sayang.
Walaupun ada masalah, Intan tetap senyum.
Mempersembahkan, Raja dan pemaisuri sehari. Sumpah aku sangat sukakan baju pengantin perempuan. Simple lagi cantik !
Penat aku cover ayu tau. Hihi.
Manusia pertama yang dicari tentulah Noor Izzatul Liyana si budak kecik gorge ! Tunggu lagi, mestilah suruh makan. Yaa, yaa dan yaa. Kami makan dan yang paling istimewanya, manusia lain makan bawah khemah, kami makan dalam rumah.
Yang lain maaf, tak sempat nak tangkap gambar. Yanaaa, terima kasih sekali lagi bagi makan. Jasamu dikenang.
lawa =)
ReplyDeleteTerima kasih :D
ReplyDelete