27 March 2012

Majlis Amanah Rakyat (MARA)


Nampak tak logo apa ni? 
Yaa, aku nak berhujah pasal MARA hari ni.

Keputusan SPM dah keluar dan sejak kebelakangan ni ramai pulak bebudak lepas SPM tanya aku macam mana nak dapatkan pinjaman MARA.

Pada sesiapa yang ada hasrat nak soal pasal ni, aku nak bagi maklumat dan cara nak dapatkan.

Tapi sebelum tuu,

- Pinjaman ni hanya untuk pelajar institusi-institusi pengajian tinggi yang di bawah MARA sahaja. Contohnya, IKM, KPTM, Kolej Mara dan mana-mana kolej yang bernaung di bawah bumbung MARA.

- Pinjaman ini tidak terdapat di mana-mana universiti okay, ramai yang confius pasal ni. Unisel saja ada, SAHAJA okay.

- Sesiapa yang dapat keputusan peperiksaan cemerlang, misalnya pointer semasa 3.5 ke atas, awak semua tak payah susah-susah bayar banyak.  Pihak MARA akan potong 10% kalau tak silap. Semester-semester lepas lagi untung tau, sebab siapa yang dapat 3.5 ke atas tak perlu bayar langsung.  Lepas tu, 3.0-3.49 bayar separuh.

-Pinjaman pendahuluan MARA adalah sebanyak RM1500. Pendahuluan ni bermaksud duit sebelum pinjaman sebenar dan hanya diuruskan oleh MARA Negeri dan bukan pihak institusi.  Bayaran semula adalah selepas 6 bulan kita habis belajar.

- Bunga untuk bayaran balik pinjaman adalah pada kadar terendah.

- Cumanya sekarang ni, nak luluskan pinjaman MARA tu memerlukan kesabaran yang tinggi ya anak-anak sebab pihak MARA akan suruh awak semua printkan sendiri borang pinjaman.

- MARA ditubuhkan bukan hanya untuk memberi pinjaman kepada pelajar, tetapi untuk orang susah, ibu tunggal dan peniaga-peniaga.  Ramai orang salah faham, cubalah dapatkan pinjaman MARA jika awak semua memerlukan.

Aku bukan promoter MARA, jauh sekali dibayar upah. Haha.
Cuma nak berkongsi rukhsah yang ada dalam MARA ni.

Apa-apa pertanyaan boleh tanya.  Ni link untuk buat pinjaman MARA.

Awak semua boleh tengok, belek-belek kat situ. Peace (Y)

2 comments:

  1. salam awak..slm perkenalan..
    sy nak tanye..sy nk minta bantuan pendidikan dr mara..tp kursus sy bljr xdftrkn mara..kursus sy hnya boleh pohon ptptn n pinjaman bank personal..sy da phon ptptn ..tp hnya dpt separuh shj utk yuran pengajian sy..baki yuran sy ad sparuh lg..dlm 100k..n skrg phk universiti mnta sy byr tunggakan yuran lm 30k..sbb ptptn byr ikot semester..satu sem ptptn byr separuh jer yuran pengajian..n sy nak tnye..mcm mana yer cara sy nk pohon individu pinjaman pndidikan dgn mara?? terima kasih yer..sy hrp awk bls komen sy.. :')

    ReplyDelete
  2. salam ape maksud awak (ramai yang confius pasal ni. Unisel saja ada, SAHAJA okay.)? minta pencerahan.. thanks..

    ReplyDelete