Kira-kira malam
menjelma, aku terjaga dari mimpi yang lena. Dush! Telefon bimbit terjatuh dari
meja studi, terus tersentak. Botol mineral dicapai, diteguk berulang. Mata
tidak mahu kembali pejam, aku baring semula memandang syiling. Memori benih
suka melintas di neuron kepala.
‘’Weh perempuan,
tengok ni dia nak kenal dengan hang.’’ Nabilah bagi link. Tanpa persona aku
lantas buka, terpampang lelaki berserban di Facebook. Entah bangla mana,
langsung tak rare. Tanpa perhubungan medan sosial mahupun jaringan
telekomunisasi selama sebulan kemudian 29 Disember 2011, ‘Ammar-calling’
terpapar di skrin telefon bimbit, resonansi berlaku. Tersentak ‘‘Hello, awat
call?’’ Terang-terang aku orang utara. ‘’Sajalah, free dak? Makan malam jom!’’
Aku tahu dia ajak-ajak tahi ayam busuk masam. Kami jumpa di mamak, destinasi
santai. Nak angkat kaki atas meja pun boleh. Perut aku sudah terisi, cuma duduk
bersama teman lain di meja. Ammar beratur, terpancar ketidak sabaran di sekitar
muka. Dia duduk dengan rakus sambil memegang sepinggan nasi berisi ayam madu
dan kuah campur. ‘’Kenapa tak makan woi?’’ Dia tanya dengan rembesan muka bajet
kacak. ‘’Kenyang dahlah, tengok jam pukul berapa dah.’’ Aku mendengus. Sumpah
ku benci dengan mamat sorang ni. ‘’Alah, diet lah tu. Diet kebenda, makan saja
selagi hidup. Nak mati, mati jugak.’’ Urut dada, sabar. Aku sedang berinteraksi
dengan lelaki cetek minda. Geram bercampur baur, menyirap. Dia makan tanpa
sepatah kata. ‘Boring betoi mamat ni’ hati kecil berbisik.
Aku minta pulang,
dia berkeras. Malam masih di usia bergetah katanya. Gila, aku masih belum
mengundi dan belum 20 tahun. Detik itu aku sudah suka dia tapi Nabi pesan, suka
seseorang diam saja. Suka sebab apa? Sebab dia kasar dengan perempuan yang dia
tak sayang. Kalian faham apa yang aku faham? Itulah, ni natijahnya. Benarlah
orang kata, jangan benci nanti jatuh suka. Kini terbukti dengan jayanya. Kami
pulang ke sarang masing-masing. ‘Persetankan perasaan tu’ hati kecil sibuk
berbisik. Yalah, kau hitam aku putih, kau besar aku kecil, kau hardcore aku
lembut dan kau jahat aku baik. Kita tak serupa jua tak sama.
Terima kasih, semoga kita selamanya. Simpan jantung aku selamanya. Aku sayang kau!
No comments:
Post a Comment