2 April 2012

Aku minta maaf sebab kebelakangan ni, apa yang aku lakarkan di kanvas murahan aku ni hanyalah berkisarkan hidup aku.  Sila unfollow jika benci.  Aku hanya ingin meluahkan, apa terbuku di hati, di sudut jiwa terdalam.

Tadi, jam 17:28 petang.  Aku menghubungi kau ekoran rindu yang teramat.

Aku :  Hello.
Kau :  Ya sayang, saya tengah drive ni.  Sayang buat apa ni?
Aku :  Oh, okay.  Takpala, bye.
Kau :  Erkk...

00:00:28 saat.
Aku matikan.

Seingat aku, perbualan kita yang terakhir adalah 5 hari lepas iaitu 29 Mac.  Maaf.  Mataku bertakung air jernih.  Aku tak nak kau tahu aku menangis .  Aku taknak kau simpati.
Aku kan FantasticCore, mana boleh nangis. 

Aku ragut bantal peluk, patung harimau dan patung kucing yang kau beri.  Aku menangis, ya aku menangis.  Ya Allah, kenapa aku menangis?  Aku rindukan kau, amat.  Aku tak faham dengan kerja kau, aku tak faham dengan kesibukan kau.  Aku terkilan sebenarnya.  Apa tidak bolehkah kau hantar walaupun satu pesanan?  Mungkin untuk suruh aku jaga diri, suruh aku makan, cakap kau rindu aku.

Kalau kau tanya kenapa aku tak buat semua tu dulu, ni jawapan aku.

Kau adalah direktor untuk short filem kau, jadi apakah direktor berkesempatan melihat phone ketika mengarah?  Tidakkah hanya sia-sia jika aku mengirim pesanan atau menghubungi kau?

Apakah kau tak mempunyai waktu rehat langsung?  Dan apakah aku tahu bila waktu rehat kau jika kau sendiri tak memaklumkan aku?

Apakah kau akan ingat aku bila kau sudah sibuk?  Dan jika aku menghubungi kau, apakah tidak mengganggu?

Kau sendiri tahu semua jawapan, dan kalau kau nak tahu.  Aku tak pernah berenggang dengan kedua-dua phone aku.  Aku takut kalau kau hantar pesanan ataupun hubungiku kelak tidak berbalas dan berjawab.  Aku pasangkan lagu, dan nada deringnya pula adalah yang paling kuat.  Aku tak pernah letakkan nada dering, phone aku sememangnya 24/7, silent.  Aku takut jika kau hubungi aku.  Tiap-tiap malam aku tengok, belek dan perhati semua gambar kau, gambar kita.

Aku rindu kau, tolonglah faham.  Setiap perempuan punyai Attar dalam hatinya.  Aku bukan tisu yang kau boleh ambil bila masa kau nak mengelap hingus kau dan buang bila kau selesai mengelap.  Aku manusia, aku perempuan, aku makhluk Allah yang paling indah, aku makhluk Tuhan yang paling berkomplikasi.

Duhai bakal imamku, jangan biarkan hadirmu sekelip mata, dan jangan biarkan kebersamaan kita hanyalah sementara.  

Aku dah tengok video kau dengan adik kesayangan aku buat kali ke 46067980.  Okay sebenarnya aku bohong, 241.

I miss both of you :')


2 comments: