30 March 2012

Aku duduk sorang-sorang, bersandar di balkoni.  Angin lalu, membelai pipi.  Aku pandang phone, yang ku kira mungkin akan berdering di saat-saat begini.  Tunggu, tunggu lagi dan tunggu lagi.  Masih begitu, membisu terpaku membatu sejuta bahasa.  Senang, aku rindu dia.

Kadang-kadang, aku terfikir apakah tepat keputusan yang aku ambil.  Tidak aku tahu, setiap butir dia begitu mudah merobek aku, dalam.  Aku tahu ini cinta.  Aku tahu ini sayang.  

Khamis, dia mula sibuk dengan urusan shooting.  Aku?  Seperti biasa, menunggu dia.  Kalau seminggu lebih aku pernah tunggu dia tanpa deruan phone disebabkan Pra Sukma dulu, takkan sekarang tiga hari pun aku dah mula merungut.

Aku, rindu nak membebel, rindu nak merungut, rindu nak marah-marah dia.

Dia, sentiasa dengar setiap butir bebelan, setiap butir rungutan dan kemarahan aku yang sentiasa terlempar.  Tak pernah sekali dia marah, tak pernah sekali dia merungut.
Ya Allah, betapa aku tak bersyukur.

Aku pernah kehilangan sekali, pedih dan aku tahu ini pengisi kekosongan.  Ketiadaan dia buatkan aku terfikir.  Mungkin dia tak sekacak jejaka kalian, mungkin dia tak se'sweet' jejaka kalian, tapi dia tanpa henti, memuaskan kehendak aku. Menukarkan segala rungutanku, bebelan dan marahku kepada pujian.

Dia tidak pernah ada istilah lembut dalam bertutur, sopan dalam bertutur dengan perempuan.  Ya Allah, kau panjangkan lah jodoh kami.  Dia sentiasa ada dalam setiap doaku.

Dia, pemilik cinta aku, pemegang amanah mama. 


Ini actually video kami tersilap.  Nak tangkap gambar tapi terakam.
McDonald's City Plaza uolls.

'Awak maruah saya' - Dia.

No comments:

Post a Comment