29 February 2012

Bismillah



Tuhan memberikanku Cinta,
Untuk ku persembahkan,
Hanyalah padamu,

Dia anugerahkanku kasih,
Hanya untuk berkasih,
Berbagi denganmu,

Atas restu Allah,
Ku ingin milikki mu,
Ku berharap kau menjadi,
Yang terakhir untukku,

Restu Allah ku,
Mencintai dirimu,
Ku pinang kau dengan,
Bismillah,

Hampa terasa,
Bila ku tanpamu,
Hidup ku terasa mati,
Jika ku tak bersamamu,

Hanya dirimu,

Atas restu Allah,
Satu yang ku inginkan,
Ku bersumpah sampai mati,
Hanyalah dirimu,





27 February 2012

Tiada

Hals termangu di sudut kamar, menghafal segala liku yang ada dalam Bahasa Perancis sambil ditemani segelas teh panas bersama Cream O' Chocolate.

Ilham lalu, namun sayang Hals terlepas. Terbabas.

Persoalan yang berkampung dalam kotak fikiran ingin dia lakarkan.

Begini, bagaimana jika terpaksa memilih untuk mempercayai kawan atau kekasih?

Mereka berdua sama-sama berada dalam hati Hals walaupun di kasta berlainan.

Biar dinamakan Kekasih sebagai Collins, kawan sebagai Orked dan manusia yang sedang mecari konklusi tersebut sebagai Hals.

Bermula apabila bekas kekasih Hals mula mencarinya semula, Collins mendapat tahu lalu meluahkan segala rasa ketidak puasannya kepada Orked.

Pada mulanya, Orked hanya cuba menjadi kawan terbaik dalam menyerapkan rasa kondusif ke dalam Collins. Namun dalam masa yang sama, Orked berinteraksi dengan bekas kekasih Hals dalam situasi yang gembira.

Collins mula meragui lalu mempersoalkan keikhlasan Orked. Orked rasa dia benar dalam kejadian, tidak ada jalang dalam dirinya.

Collins menjatuhkan sedihnya lalu dia dan Orked mula terasing.

Kini, Hals sedih. Dia sakit dalam hal ini.

Hals buntu, bimbang dia pula yang emosi.
Dia tumpahkan sangsi di sini.

14 February 2012

Benang yang basah tak perlu ditegakkan.

Aku tersahut nak terbitkan tajuk ni sebab aku sakit hati, biasalah syaiton nirrojim punya kerja.
Geram sebab ada arguing dengan seorang hamba Allah ni dalam satu laman social yakni Twitter.
Perbalahan tersebut bermula apabila aku ternampak tweet dia yang berbunyi


Kemudian, aku rasa terpanggil nak memperbetul tanggapan dia terhadap Valentine’s Day yakni Hari Kekasih sebab dia kata 'tetibe haram pulak'.
Ini komen balas aku.


Lepas tu, boleh dia bantah lagi.


Darah aku menyirap, sabar lagi.Kemudian, coursemate aku Syahira Rose post dekat wall Facebook aku.  Dia cakap


Selepas itu ! Aku membalas.



Hamba Allah tersebut dalam Twitter senyap.  Mungkin dia mati akal.  Mungkin.

Aku tak faham, kenapa perlu menegakkan benang yang basah sedangkan kita tahu benda tu haram.

Haram tetap haram dan yang haram selamanya akan menjadi haram.

Jangan jadikan umur sebagai ukuran kebijaksanaan dan kematangan.

Soal rencah hidup mungkin ya, tapi soal ilmu, umur bukan pincangan.

Aku tahu kau dah capai tiga dasawarsa dan aku baru dua dasawarsa bro, tapi aku cuma perbetul apa yang aku rasa tidak betul.  Maaflah kalau kau rasa aku masih budak-budak sebab dalam tweet kau pun kau panggil aku ‘adik’

Kau persoal kenapa tak boleh sambut Hari Kekasih sedangkanh Hari Buruh boleh sambut?

Aku nak tegaskan, Hari Buruh bermaksud Hari Pekerja, Okay?  Hari Pekerja.

Tu bermakna bila Hari Pekerja kita meraikan jasa bakti pekerja yang dah penat bekerja membanting tulang mencari rezeki.  Walaupun orang Yahudi yang wujudkan, tapi motifnya hanya untuk meraikan pekerja menabur bakti terhadap sektor pekerjaan di Malaysia tak kiralah kerajaan mahupun swasta.

Kalau kau nak sangat bandingkan antara dua hari ni, apa hujah kau?

‘Hari Kekasih bukan haram, Cuma cara sambutan tu.’


“Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bmaksud untuk mengenangkan kembali St.Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah KAFIR''.

 Kejatuhan kerajaan Islam Cardova pada 14 Februari 270M.

Atas tu sebab utama Valentine tak boleh disambut.  Kau nak sambut kejatuhan Islam?

Lepas ni, kalau kau nak cakap apa-apa, pastikan kau ada sebab dan hujah yang kukuh dulu nak sokong pendapat kau.

Maaf, aku memang kasar .  Kalau kau baca entry aku kali ni, aku harap kau tak terasa sebab aku kan ‘adik’ (Y)