19 December 2011

Umrah dan Haji

Tingg, tingg, tingg. Bunyi duit syiling aku jatuh, tapi jatuh dalam tabunglah.


''Kakak nak buat apa bila duit dah banyak nanti?''  Ayah mengajukan soalan sambil jari menyuap nasi.


''Nanti kan, kakak nak pergi Haji, tapi sebelum tu kakak nak pergi umrah dulu.''  Aku jawab sambil tersengih.


''Habis, kakak tak mau bawak mama dengan ayah ka?''  Mama setia menemani ayah menikmati makan malam.


''Kalau campur dengan duit upah kakak urut ayah, duit tolong ayah meniaga,duit tolong mama, duit kakak puasa lagi, ohhh, kayo eden kayo.'' Aku bermonolog tanpa menghiraukan pertanyaan mama.


''Kakak, mama tanya ni.'' Ayah sedikit meninggikan suaranya tapi masih tersenyum.


''Ehh, apa?  Hmm, mestilah, kakak nak bawak satu family kita.''


Comel kan aku masa tu?  Baru darjah 4 dah pandai merancang.


Orang yang gagal merancang adalah orang yang gagal dalam hidup.


Aku teringin sangat nak bawa family aku datang sini.


Malangnya ayah dah pergi dulu.















Korang dah belajar tinggi-tinggi, mesti tahu kan rukun Haji dan Umrah?


Tahu, tetiba je korang lupa kan? HAHAH.




 RUKUN-RUKUN UMRAH 

1. Berihram (Berniat melakukan umrah) 
2. Tawaf 
3. Sa'i 
4. Tahallul 
5. Tertib 

WAJIB-WAJIB UMRAH 

1. Berihram serta berniat umrah di Miqat yang ditentukan. 
2. Menjauhi segala perkara yang dilarang semasa dalam ihram. 



RUKUN RUKUN HAJI

a. Niat
b. Wuquf
c. Tawaf Haji
d. Saie
e. Bercukur
f. Tertib



WAJIB HAJI 

a. Berniat ihram di Miqat
b. Bermalam di Muzdalifah
c. Melontar jamrah aqabah di Mina pada 10 Zulhijjah
d. Bermalam di Mina - sekurang-kurang 2 malam, malam 11, 12, 13 Zulhijjah.
e. Melontar 3 jamrah sekurang kurangnya dua hari pada 11, 12, 13 Zulhijjah.
f. Meninggalkan larangan ihram
g. Tawaf wada (selamat tinggal)




Semoga satu masa nanti aku dapat bawak satu family pergi sana.
Ameen.

No comments:

Post a Comment