29 March 2013

Yang membenci hanya pecisan, yang memuji mungkin berjuta!


Kira-kira malam menjelma, aku terjaga dari mimpi yang lena. Dush! Telefon bimbit terjatuh dari meja studi, terus tersentak. Botol mineral dicapai, diteguk berulang. Mata tidak mahu kembali pejam, aku baring semula memandang syiling. Memori benih suka melintas di neuron kepala.

‘’Weh perempuan, tengok ni dia nak kenal dengan hang.’’ Nabilah bagi link. Tanpa persona aku lantas buka, terpampang lelaki berserban di Facebook. Entah bangla mana, langsung tak rare. Tanpa perhubungan medan sosial mahupun jaringan telekomunisasi selama sebulan kemudian 29 Disember 2011, ‘Ammar-calling’ terpapar di skrin telefon bimbit, resonansi berlaku. Tersentak ‘‘Hello, awat call?’’ Terang-terang aku orang utara. ‘’Sajalah, free dak? Makan malam jom!’’ Aku tahu dia ajak-ajak tahi ayam busuk masam. Kami jumpa di mamak, destinasi santai. Nak angkat kaki atas meja pun boleh. Perut aku sudah terisi, cuma duduk bersama teman lain di meja. Ammar beratur, terpancar ketidak sabaran di sekitar muka. Dia duduk dengan rakus sambil memegang sepinggan nasi berisi ayam madu dan kuah campur. ‘’Kenapa tak makan woi?’’ Dia tanya dengan rembesan muka bajet kacak. ‘’Kenyang dahlah, tengok jam pukul berapa dah.’’ Aku mendengus. Sumpah ku benci dengan mamat sorang ni. ‘’Alah, diet lah tu. Diet kebenda, makan saja selagi hidup. Nak mati, mati jugak.’’ Urut dada, sabar. Aku sedang berinteraksi dengan lelaki cetek minda. Geram bercampur baur, menyirap. Dia makan tanpa sepatah kata. ‘Boring betoi mamat ni’ hati kecil berbisik. 

Aku minta pulang, dia berkeras. Malam masih di usia bergetah katanya. Gila, aku masih belum mengundi dan belum 20 tahun. Detik itu aku sudah suka dia tapi Nabi pesan, suka seseorang diam saja. Suka sebab apa? Sebab dia kasar dengan perempuan yang dia tak sayang. Kalian faham apa yang aku faham? Itulah, ni natijahnya. Benarlah orang kata, jangan benci nanti jatuh suka. Kini terbukti dengan jayanya. Kami pulang ke sarang masing-masing. ‘Persetankan perasaan tu’ hati kecil sibuk berbisik. Yalah, kau hitam aku putih, kau besar aku kecil, kau hardcore aku lembut dan kau jahat aku baik. Kita tak serupa jua tak sama.  

Terima kasih, semoga kita selamanya. Simpan jantung aku selamanya. Aku sayang kau!

15 March 2013

Asrama Siswi 'berpenghuni'?

Assalamualaikum.

Di petang Jumaat yang penuh barakah ni gua nak cerita sikit pasal sejarah silam gua masa semester 1. Orang Kedah panggil zaman 'Kanyiaq' yakni 'hingusan'. Terus kepada point yang nak diutarakan, gua nak cerita pasal hantu. 

Sejarah ni berlaku masa lepas Hari Ray Eidulfitri tahun 2011. Gua nak dekan punya pasal, terlebih rajin pulak balik awal sehari daripada tarikh sepatutnya. Naik bus dari Kedah, sampai dekat Pudu dalam pukul 10 lebih malam. Malangnya, teksi semua dah pupus. Apa lagi, call Abg Awin yang hot lagi tough jadian. Gatal tak gatal belakang cerita, janji gua sampai asrama. Dia datang dengan perdana hitam dia, ingat handsome lettew. Huhh, dia hantar balik Siswi tapi sepanjang perjalanan tu macam-macamlah. Nasib gua tak jadi mangsa rogol, sampai sekarang kalau dengar dia panggil 'Fatin'  ja gua lari.

Sesampainya kat asrama, pakcik-pakcik guard yang tough lagi bermisai pusing-pusing dah hairan asal gua sampai awal. Diorang kasi jugak masuk, siap pesan 'Naik elok-elok, baca doa' Baiklah pakcik, baiklah. Huhhh, naik tangga pertama saja mulut dah terkumat-kamit ayat kursi. Segala surah yang gua tau memang tk lekang daripada bibir, gitu. Percaya atau tidak, nafas sendiri pun boleh dengar. Naik lagi, naik dan naik akhirnya gua sampai kat tingkat 4. Ingat lagi rumah gua kat atas tu nombor 11. Bukak saja pintu rumah, switch on semua lampu yang ada, letak semua begs then masuk toilet bersihkan segalanya.

Gua curi gambar ni dalam Google. Nilah keadaan dalam rumah dari tepi balkoni. Semua tu meja studi kami. Seram kan?

Keluar ja dari toilet, gua capai handphone then call sesiapa saja yang belum tidur ajak sembang. Nak ke tak nak gua paksa jugak, kisah? Gua dah takut ni, jangan membantah. Masa tengah cakap tu, ada jugak bulu meremang, dengar macam dengusan kuat gua cakap, seram meh. Cakap punya cakap sampai tertidur. Keesokannya, kawan-kawan gua balik. Tak ku sangka tak ku duga, gua berani mengharungi malam tu. Esok tu gua cerita dekat semua kawan, diorang pulak cerita ada budak nampak Cik Poc atas bumbung, Cik Pon pun join sekaki. Jahat.

Nak tunjuk ahh sikit, kolej gua yang banyak berjasa ni. Ni sudut lama, sudut baru tk sempat lagi nak tangkap. Bangunan ni lagilah banyak sejarah, gitu.

Adik-adik yang baru masuk asrama tu, hati-hati. Kebanyakkan yang kena kacau adalah spesis perempuan yang suka mengilai tengah-tengah malam, suka keluar malam dengan boyfriend. Lagi satu, masa kemasukkan gua dulu dengar kata tingkat 4 tu dah lama ditutup sebab ada budak bunuh diri dalam rumah nombor 18. Rumah tu memang ditutup terus, dulu ada jugak warden kasi masuk tapi barang semua rosak. Even ganti baru pun tetap akan rosak seolah-olah 'dia' taknak kasi orang lain duduk dalam tu. Orang cakap kalau lalu depan rumah tu mesti ada dengar atau rasa sesuatu, aku sendiri lalu tak ada apa pun, entahlah. Who knows.

Ini adalah kisah benar, bukan rekaan. Hati-hati okay?


27 February 2013

Tahfiz vs Hafiz

Bersawang.

Biasalah, sisa kesibukan menjalar dalam setiap ruang yang ada.  Dengan drama yang akan melabuhkan tirai dalam bulan April, segala micro juga macro teaching yang menanti.  Ingin aku bercerita, kisah seorang hafiz. Jatuh cinta saat pertama kali bersua (dalam buaian mimpi) maksud aku pertama kali terpandang gambar dia (awak jangan cemburu okay).


'I was born in Germany, moved to the states at the age of 4, I completed my Hifdh in Baltimore at ISB hifdh program, I currently live in Houston, TX.  My nationality is Bosnian, but I was born in Germany. I moved to the USA at the age of 4. I lived in Baltimore, MD for 7 years where I completed my Hifdh at the Islamic Society of Baltimore under Shaykh Qari Zahid & Qari Abid, I moved to Dallas for 10 months to study classical Arabic at Bayyinah's Dream program. I currently live in Houstan, TX as astudent and a Quran Teacher'

Baca nama dia saja pun dah beku mata, apatah lagi tengok dia mengimamkan solat dan membaca Al-Quran. Subhanallah, bukan aku terlalu menyanjung dia cuma sukar mencari wangian dalam kentut yang busuk marcapada.  Hehehe.  Awak sila jadi seperti dia maka syurgalah tempat kita nanti jika punya jodoh InsyaAllah.

''For all he people that keep asking, no im not engaged,no I'm not married''

''Looks like I'm going to Malaysia instead of Indonesia at the end of June!''

Fatih Seferagic, bila boleh kita berjumpa? Mungkin boleh ajar gua tarannum yang dulu tergantung pembelajarannya hehe.  InsyaAllah.

Assalamualaikum.

19 October 2012

A while

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, sekawah lega dilafazkan. Tanda syukur semester ni dah berakhir cumanya...cuma...tinggal final. Aduh duh duh. Saat ni, segunung baju seluar kain baru selesai disidai, sebab aku terlalu sibuk dan sibuk dan sibuk. Selesaikan segala final year projects, and yes sekarang aku merdeka! Ramai ramai, merdeka! Merdeka! Merdeka! Okay cukup. 

But too bad, aku tak balik raya ni. Sekali lagi, aku tak balik. Urghhh sobsob. Nikmat cuti study week dan raya terpaksa dikorbankan sebab final. Kalau aku balik alamatnya kaki tak reti duduk diam sebab kat Paris ni aku asyik duduk rumah, jadinya balik rumah aku asyik duduk luar. Kahkah ye dak? Tambah pulak dengan raya, hattudiaaa lagilah sakan! Sorry kawan kawan yang asyik suruh aku balik, kali ni aku terpaksa berkorban.

Tak kesian dengan family? Mama faham I guess. Aku paling tak suka time time sekarang, bulan 10 pulak. Too too bad again, first paper final jatuh 30th October, dan 31th October birthday arwah ayah. Hmm hmm, pathetic. Kuat mesti kuat, demi harapan keluarga. But to be honest, aku loser semester ni. Lagilah menambahkan kesedihan, sudah cukup sudah sedih.


Determine a succeed. And yes, God won't give a test without a reason. Similarly, no problems without solutions.

25 September 2012

Hectic

Assalamualaikum and a very good evening,

My friends and I just got a task and we need to complete it at kindergarten. Before the permission is given to do the observation, we ought to make all the teachers and the owner of  kindergarten itself to believe we're not strangers kahkah! Muka suci dalam debu what. If you could see me now, with a couple of panda's eye, sore throat, sore eye haha kidding! muscles pain. Biasalah kan, hectic time sekarang ni. Lepas final, haa hamek kauuu enjoy! Actually kami kena observe the way the teachers teach the kids. Haa maunya terketar mengajar kahkah! Tauu takut, relaxlah kak kami bukan daripada Kemterian Pelajaran pun. Macam macam aksi bebudak kat tadika Genuis Unique nih, dan memang uniklah semuanya.
So here we go! 


 Dimulakan dengan acara pembukaan ye anak anak. They sang many songs and they were sooo excited!

 I really can't forget this. The teacher asked them 'I stand for what children?' 'For ice cream teacher' Kat mana ada ice cream?' and one the kid answered 'kat Tesco teacher!' HAHAHA. Clever much!

 Nampak tak perhatian penuh gituuu kihkih! Tapi yang sorang ni mesti suka orang ambik gambar dia lettew. Kecik kecik dah galak kan hehe.

 This girl didn't pay attention earlier and the teacher asked her to read the book aloud. She recite each word fluently, could you imagine how clever she is? She's one of the unique creature.

 Okay okay, tadi belajar pusing depan pandang whiteboard kan, now kenalah buat persembahan kat teachers kat belakang ni haaa. Nampak tak budak lelaki gigi jarang kat tengah tu? Haa, nak tanya yang tu saja. Hihi, Barney I love you tooooo kids!

Huahua, why did I choose her? Sebabbb, pertama nama dia NAJIHAH jugak, kedua she's polite and ketiga dia pun takdak kening macam aku kahkah! Muka kami sama kan? kan? kan?


What we've learnt :
-we can't force kids to learn
-give them time
-play with them in order to attract their attention
-treat them well
-use rewards as a trick to make them quiet and learn

Selamat mencuba, semoga masakan anda menjadi dan sedap! Ehh tetiba. Hahaha. For those yang ada adik dalam linkungan tadika/kids, use these methods.

Terima kasih kerana sudi singgah! :D

10 September 2012

'Kejayaan adalah suatu perjalanan, bukan destinasi'


Alhamdulillah, syukur. Tuu saja yang mampu terungkap at that moment. Pada 3 September lepas aku dapat satu jemputan. Mulanya housemate yang tolong ambilkan, aku ni noob taktau apa benda pun. Masa tengah makan kawan kawan semua cakap aku dapat surat denda lah apalah, and for sure dalam kepala hotak aku berlegar rupa warning letter. Takkan kod? Aisehh bajet budak attendance full. Lastly, dapat tau jugak jemputan. Homaiigadddd agak terkelupur sikit lah disitu almaklumlah pertama kali. Ingat senang ke hah? Aku bersengkang mata berhabis wang ringgit, segala-galanya. Akhirnya, kini pasti. Okay dah, nanti muntah keluar ikan tiga rasa pulak orang yang baca ni. Mesti cakap dalam hati ‘pehal minah nih, baru dapat anugerah dekan dah nak bangga’ Hello this is not easy as alip ba taaa, hampa tau dak semangat aku ting ting naik sebab kasihankan mummy monster aku? Haaa. Hampa tau apa? Diam diam.

Jadinya, 10 September bertempat di Megaview Banquet KL Tower berlangsunglah.

Aku tak kenal pun siapa main nak tangkap gambar ja kahkah, macam senior ja. Tau tau, baru sem dua rupanyah! 


These are my classmates and they’re so clever and talkative! Much love!


Emira dan Nissa ikan gapi, ehh hanapi lahh. Hihiii they're so active in management of event.


Hahaha, aku paling sukaa ini. Abang Safwan si senior yang gilaa. He's nice and the best part dia senang sangat ingat orang!


Dah lama tunggu saat ni, makang makang emm dapp! Nampak tak semua muka stim ja dapat makan.


Terima kasih cinta, untuk segalanya, kau berikan lagi kesempatan ini..Haha, tetiba.


Ni diaaa baq hangggg. The girl with flying flying rainbow of colours result. Know what? She got 4 flat for previous semester and dean for first sem. I tell you aaa, she’s really really diligent girl ever. Really wanna kill her, much envy! Nasib kita senegeri, tahniah Paah!




Okay kita flashback, ni masa tengah beratur bapak panjang for registration.


Ni sorang lagi housemate aku, terbang jauh dari Sabah baa. Tak pernah lekang seharian dengan movie dan anime dia, tak makan nasi takpa asalkan dia dapat habiskan anime. Regular ayat dia pulak ‘ehh kau study ke? Untunglaa rajin’ Dah pandai takpalakan, aku meluat hang Eliza weh. Kahkah


Ituudiaa, Zaim dan senior yang aku lupa nama dia haha kesian kan? Hmm, they were the master of ceremony yesterday. Nice job!


Asya ni sangat lembut orangnya sampai one moment aku yang suruh dia cakap keras sikit. Geramm ja, calon pilihan ni tau? Pandai lagi, cantik, haa nak apa lagi?


Mereka adalah kawan cek yang memang pandai, envy dengan semua. Bak sini pandai hampa kat aku, deal?




Kami disajikan dengan aksi aksi ganas, jangan dicuba di rumah okay? Kahkah, kidding! They're so talented. Well done.


Dah macam game aku tengok dari atas, gayat siak!


 Haattuudiaaa, Nama dia Hanis dan dia dah tua! Pi kahwin lahh weh haha. Dia asyik dengan Tun M dia dan politiknya. Ayat dia ‘aku malasla nak study’ bila result keluar gempak kemain. Nampak tk permainan dia? Kurang ajar perempuan ni kihkih.


Kahkah, hey pinky ladeh. Itulah perempuan ingatan. Gigi taring dan lesung pipit mahal weh. Kahkah

Honestly, I don’t really put such a big hope to grab dean again for this current semester. Tapi aku selalu beringat, tak pernah ada orang yang merancang untuk gagal, tapi ramai orang yang gagal untuk merancang. One more thing, a huge apologizes for those un-senonoh pictures. Kahkah, tapi gambar aku proper kan? Haa kan dah cakap, aku ni lemah lembut sopan santun. Teetttttt

For mama, it’s okay, you can’t attend this cause got lot of kursuseesss but promise me to bring me shop soon! Know what? The moment you called and sambil tergedik told me that you can swim, snorkelling bagai now, I got tears for missing you. Maluuu dah diam. Kihkih, heart you mummy monster. Also for arwah ayah, I’ve done my best. I miss youuuu so worst! Al-fatihah. 

28 August 2012

Photoshoot Raya


Memandangkan aku tak ada lagi gambar raya, kami pergi Greenlight Studio untuk snap snap. Bukan selalu nak bajet artis, ye dak? Mari marilah kita lihat kami merakamkan moments almaklumlah semua dah nak pulang ke pangkal jalan masing masing. Mesti rasa macam nak termuntah hijau kan? Ala, saja lettew. Padahal nak tengok kan? Kan? Kan? 



Aceceh, suka lettew orang nak ambik gambar :O

Ehem :D

Hahaha, serius ini gila :O




Hihihi :D

Tak payah nak sweet sangat boleh?





Subhanallah, yang paling panjang tu solo. Boleh ambil borang di kaunter berkenaan.




Nak kena pukul ni, manis sangat!



 Kawan aku yang ni sangat cantik even kepeng :D

 Yang ini pun sama, chinese look. Sangat cantik!

 Habibi aku ni fuhhh. Cantik okay! Serius.

Nak terberak lettew :O

 Hihihi :D


Alolor, si panjang dan si montok! 

Terima kasih Greenlight studio, ada masa kita pi lagi :D