12 April 2012

Mengapa Hawa diciptakan di saat Adam sedang beradu.

Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa Hawa dijadikan oleh ALLAH S.W.T di saat Adam a.s tidur? 

Jawapannya seorang lelaki apabila kesakitan, maka dia akan membenci manakala wanita sebaliknya. Bagi wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya. 
Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari tulang sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam pada saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan kesakitan dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan anak dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.


Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani).  Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu.  Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.


Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.


Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya.  Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang .

Kepada - Dia.


10 April 2012

Subhanallah.


"Sudah banyak kamu berkorban untuk kami, segalanya kamu berikan kepada kami, adakah kamu yakin akan kami nikahi kamu nanti ?"


#Akuingin Seseorang yang memiliki hati yang bijak, tidak hanya otak yang cerdas.

#Akuingin Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tapi juga menghormatiku.

#Akuingin Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi juga dapat menasihatiku ketika melakukan kesalahan.

#Akuingin Seseorang yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tapi kerana hatiku.

#Akuingin Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi.

#Akuingin Seorang lelaki yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika aku disisinya.


Ya Allah, aku tidak meminta seseorang yang sempurna, namun aku tidak meminta seseorang yang tidak sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mataMu.


#Akuperlu Seorang lelaki yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya.

#Akuperlu Seorang lelaki yang memerlukan doa aku untuk kehidupannya.

#Akuperlu Seseorang lelaki yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya.

#Akuperlu Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.







Ya Allah, Berikan aku sifat lembut sehingga kecantikanku datang dari-Mu.

Berikan aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya.

Ya Allah, Betapa Maha Besarnya Engkau kerana telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna.