Demi Allah, aku bukan sengaja ingin membuka pekung di dada mahupun aib. Sengaja aku wujudkan untuk tauladan kita bersama. Pertama kali aku dengar dia berkata 'Aku merokok' aku terpana. Kejadian ini terjadi bulan 7, tahun lepas. Aku yang sedang menikmati hidangan tengahari berhenti, berpusing 180 darjah menghadap dia, teman sebilik aku. Ku kira dia bergurau, tapi dek mukanya yang serius tanpa senyuman. Aku terpaksa percaya.
'Biaq betoi hang ni?' Aku bertanya, sambil mengunyah nasi.
'Betul lah, asal kau tak percaya? Aku pengkid tau dulu? Rambut aku, huh handsome bhaii. Pujaan gadis gadis Johor. Hahaha.' Sebelah kakinya naik atas kerusi.
'Okay, so then tell me more.' Sambil makan aku mendengar semua kisah dia. Sesekali ada takungan air mata dalam gelak tawanya.
Rupanya, dia mula menjadi pengkid seawal Tingkatan 4 ekoran ketiadaan orang tua di rumah. Mereka sibuk bekerja sehingga mengabaikan dia. Semua ahli keluarnya nyenyak diulit mimpi pabila malam menjelma, dia sibuk mengoyak pintu, berjalan tanpa bunyi tapak kaki keluar. Bersuka bersama teman-temannya. Aku difahamkan, siangnya dia harus melakukan semua kerja rumah setelah pulang dari sekolah termasuk mengemas rumah, mencuci pinggan dan boleh dikatakn setiap hari, masak. Itulah rutin hariannya. Tanggapan buruk aku terhadapnya berubah sedikit demi sedikit.
Dia terus bercerita, kali ini, posisinya bertukar. Dia turun dari kerusi putih lalu bersandar pada dinding. Kedua kakinya diangkat pula. Aku? Masih menjamah nasi. Katanya lagi, ibunya seorang yang jenis memaksa, tidak faham akan keperluan seorang remaja perempuan dan sering mahu dia mengikut kemahuan ibunya. Jiwanya memberontak. Dia perlukan kasih sayang. Aku tidak maksudkan dirinya terabai, namun ada sesuatu yang tidak diberikan kedua orang tuanya, kebebasan. Ya, kita perlukan kebebasan untuk bersosial supaya dunia luar dapat dikenali dengan rasional, bukan dengan minda tertutup.
Aku perasan, di awal kedatangannya ke sini, dia baik, sungguh baik. Aku pun tidaklah sebaik dia. Tetapi lama kelamaan, dia berubah. Keluar malam hampir setiap hari dan merokok semula. Aku risau, dan buat pertama kalinya aku melihat dia merokok. Ya Allah, aku macam tak percaya, kawan aku, seorang perempuan dan itu adalah kali pertama aku lihat perempuan merokok secara 'live' di depan aku. Ya, Fatin Najihah harus percaya.
'Sorry, aku tak tahan. Aku lemah, aku dah cuba. Aku tau kau tak boleh bau.' Dia buat muka sedih. *Aku macam nak lempang ja. Hihi
'Hmm, okay.' Itu saja yang terkeluar dari mulut aku.
Dia seolah-olah mengalami 'culture shock'. Aku faham, dia tidak mendapat kebebasan di rumah dan kebebasan hakiki itu hanya boleh diperoleh di sini. Kasihan ibunya, harapkan aku untuk tolong dia dalam pelajaran. Apa aku boleh buat? Nasihat sudah tidak dimakan, semakin hari semakin menjadi. Sedih aku. Tahun demi tahun, Alhamdulillah sekarang dia sudah boleh berfikir dan tahu kekecewaan ibunya. Walaupun hati aku banyak terguris dengan perlakuan dan tutur katanya, aku tetap sayangkan dia kerana dia sentiasa ada ketika aku susah dan senang, sahabat.
Bacalah, InsyaAllah hati boleh terbuka.
Kebebasan, kita perlukan kebebasan. Minda kelas pertama boleh dipeluk dengan adanya etika kebebasan.